Tips Cepat Pandai Memasak

Posted by: Annisa Noor Aida in Uncategorized Add comments

Tak semua perempuan pandai masak. Tapi sebenarnya semua orang boleh jadi pandai masak kalau belajar masak. Ala mudah je pon masak, kau campak campak aje bahan yang kau nak masukkan. Then perasa seperti garam dan gula jangan terlebih, nanti terus tak sedap.

Ramai perempuan tak pandai masak. Ye ke? Sebenarnya bukan sebab tak pandai, tapi sebab malas nak belajar masak. Dalam dunia ni tak kira la apa juga benda kau buat, sebelumnya mesti kau belajar dulu kan? Macam tuh la jugak masak.. So macam mana nak pandai masak?

Meh aku ajar sikit tips-tips nak cepat pandai masak.

1) Kenali apa itu garam dan gula serta rasanya

Haha… Aku tau korang memang akan cakap, “ala setakat garam ngn gula aku tau rasa macam mana..”.. tapi percaya lah, adakala kalau korang tau rasa sekalipun korang tetap akan termasinkan atau termaniskan masakan korang.. sebabnya korang tak pandai nak sukat banyak mana kena letak. So nasihat aku, kalau tak pandai nak sukat garam ngan gula, letak sikit sikit dulu.. jangan pulak kau taruh banyak terus.. Mau nanti susah nak adjust. Kalau sikit takpe, boleh tambah lagi sikit.. Kalau banyak?? alamaknya kencing manis ngan darah tinggi kau dapat.. Tak pon aku pasti makanan tuh nanti masuk tong sampah.. haha.. macam ada pengalaman je orang yang tulis ni.. Haha..

2) Baca resepi dengan betul

Orang yang tak pandai masak kena guna resepi untuk masak. Jangan memandai sangat buat pandai tapi tak pandai. Nanti takde orang makan makanan kau.. So first thing kau kena baca resepi betul betul. Selepas baca siapkan bahan bahan untuk dimasakah. Potong ikut keperluan. Kalau bahan tak cukup, tak pe, kau boleh skip. Tapi kalau bahan utama tak ada, kau cari resepi lain.. Kalau tak ada bahan utama macam mana nak buat.. Ish..

Lepas siap bahan-bahan kau potong dan sediakan, baca langkah untuk memasak dengan teliti. Jangan tinggal satu pon. Kang tak jadi masakan kau. Reti?

3) Jangan gelojoh bila kat dapur

Kalau kau nak cepat pandai masak, sila jangan gelojoh.. Kenapa aku kata jangan gelojoh? Haha.. Meh nak habaq..Bila kau gelojoh kau akan fobia selepas kau lakukan sesuatu. Contoh, kau nak goreng ikan. Minyak dah panas.. Then kau pergi campak pulak ikan tuh dalam kuali. lepas tuh terpercik minyak kat tangan kau, aku pasti kau akan fobia lepas tuh.. PASTI.. ye la , first time masak dah dapat tanda kan? hahaha

Sebab tuh aku cakap, jangan gelojoh. Setiap apa yang kau nak letak dalam kuali yang ada minyak panas, atau dalam air menggelegak, letak slow slow.. baru la benda tuh tak terpercik kat kau. So lepas tuh kau akan suka dan terus suka untuk masak lagi.. hhehe..

4) Mulakan masak dalam kuantiti yang sedikit

Yep, masa mula mula masak jangan tamak. Masak dalam kuantiti yang sedikit. Sebab kalau masak dalam kuantiti yang banyak agak susah nak agak kuantiti bahan perencah nak di guna. Lagi satu lebih selamat buat dalam kauntiti yang sedikit. Kalau tak jadi jumlah tuang ke dalam tong sampah tak ada la banyak sangat kan?

5) Rajin rajin masuk dapur walaupun untuk tengok mak masak

Perkara paling mudah nak buat. Sila rajinkan diri masuk dapur. Setakat masuk dapur apa lah yang susahnya. Bagus tau selalu masuk dapur nak nak bila ibu atau mak korang tengah masak. Tengok macam mana dia siang ikan.. Macam mana dia basuh ayam. Macam mana dia potong sayur. Semua tuh kita boleh belajar dari pemerhatian. So lepas ni senang nak masak. Takde la terkial kial kan??

source : https://norfanil.com/tips-cepat-pandai-memasak

 

Leave a Reply

Skip to toolbar